Sunday 4 February 2018

Rumusan

  Rumusan membincangkan mengenai cabaran yang sering dialami oleh individu bergelar remaja. Namun apakah jalan penyelesaian bagi setiap cabaran-cabaran ini?
    Antara langkah-langkah menyelesaikannya adalah dengan ibu bapa memberikan komitmen dalam memantau aktiviti anak serta memberikan didikan agama dengan secukupnya. Selain itu, pihak sekolah hendaklah membuat aktiviti serta program pembentukan akhlak bersama para pelajar. Di samping itu, pihak kerajaan hendaklah menganjurkan kempen-kempen kesedaran dan aktiviti kemasyarakatan melibatkan golongan bergelar remaja.
         Pemantauan yang ketat daripada ibu bapa sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa takut dalam diri remaja untuk membuat sebarang kejahatan atau perilaku tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, aktiviti kemasyarakatan anjuran pihak kerajaan juga akan membuatkan remaja berfikiran yang lebih positif serta kurang cenderung ke arah melakukan masalah disiplin.
      

Cabaran Sosial Remaja

Rajah berikut menunjukkan antara masalah-masalah sosial dalam kalangan remaja terutama sekali remaja berstatus pelajar.

Rajah berikut menunjukkan antara punca-punca berlakunya masalah sosial di kalangan remaja.
Salah satu daripada punca utamanya adalah internet. Jelas kita tahu bahawa internet mempunyai banyak kebaikannya. Namun begitu, keburukannya juga dalam kuantiti yang besar. Keburukan ini lah yang kita takuti kerana ia mampu mempengaruhi minda remaja serta mendorong mereka ke arah keruntuhan akhlak dan perlakuan yang tidak sepatutnya.

Cabaran Pendidikan Alaf 21

Rajah diatas menunjukkan elemen-elemen pendidikan alaf ke-21.

Seperti yang kita tahu, pendidikan zaman sekarang lebih kepada penggunaan gadget dan teknologi. Hal ini sedikit sebanyak menjadi cabaran bagi sesetengah remaja memandangkan mereka daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Bukan itu sahaja, ramai remaja masa kini yang telah menyalahgunakan kemudahan pembelajaran bagi melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.